KAEDAH TANAMAN SECARA FERTIGASI ...
Usahawan Fertigasi
Hisham
usahawan fertigasi berjaya
Oleh JAMLIAH
ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my
ALOR SETAR 10 Feb. Berbudi kepada tanah biar apa cara sekali pun, pasti mendatangkan keuntungan bagi mereka yang gigih seperti yang telah dibuktikan oleh usahawan tani, Mohamad Hisham Md. Isa.
Mohamad
Hisham, 38, yang menjadi usahawan sayur-sayuran fertigasi sejak 2006, berjaya
meraih pendapatan kira-kira RM4,000 hingga RM5,000 sebulan.
Namun,
berbeza dengan kebanyakan usahawan fertigasi lain, Mohamad Hisham mengkhususkan
perniagaannya kepada jualan anak pokok dan pokok sahaja berbanding hasil
tanaman.
Melalui
cara tersebut dia mampu meraih pendapatan berganda berbanding menjual hasil
tanaman tersebutnya di pasar.
Tapak
semaiannya, Sharm Fertigasi di Simpang Empat di sini, menempatkan lebih 25,000
anak pokok termasuk 1,000 pokok pelbagai sayur-sayuran seperti cili, terung,
tomato, sawi dan lobak merah.
Bercerita
tentang pembabitan awalnya dalam bidang tersebut, kata Mohamad Hisham, minatnya
bermula sejak menyertai satu karnival anjuran Jabatan Pertanian negeri lima
tahun lepas.
Untuk
karnival tersebut saya membawa lebih 1,000 anak pokok dan pokok cili untuk
dijual dan sambutannya sangat menggalakkan kerana semuanya habis dijual.
Dari
situ timbul idea daripada menjual buahnya, kenapa tidak dijual anak pokok atau
pokoknya saja dan tidak sangka idea ini menjadi,
katanya ketika ditemui di tapak semaiannya hari ini.
Tambahnya,
selain mempunyai pelanggan dalam kalangan penduduk tempatan, dia turut
membekalkan anak pokok dan pokok tersebut kepada agensi kerajaan dan usahawan
tani lain.
Saya
pernah mendapat tempahan 20,000 anak pokok daripada seorang usahawan dari
Terengganu.
Setiap
anak pokok saya jual cuma 50 sen, sementara pokok besar pula daripada RM3 hingga
RM20 bergantung kepada jenis tanaman,
katanya lagi.
Katanya,
konsep tapak semaian tanaman fertigasi sayur-sayurannya ini mendapat sambutan,
terutama dalam kalangan mereka yang bekerja dan tidak mempunyai banyak masa di
rumah.
Tidak
dapat dinafikan saranan kerajaan agar menghijaukan kawasan rumah masing-masing
mendapat sambutan, apatah lagi dengan harga sayur-sayuran sekarang tinggi.
Untuk
menanam dari benih bagi sesetengah orang agak susah. Jadi, kami sediakan
anak-anak pokok ini untuk mereka yang hanya perlu dibaja sekali sehari.
Dalam
masa tiga bulan misalannya bagi pokok cili, mereka sudah boleh memetik
hasilnya, cerita beliau yang mempunyai kelulusan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Anak
pokok dan pokok cili, kata Mohamad Hisham, antara yang paling popular dalam
kalangan pelanggannya.
Katanya,
terdapat lebih tujuh jenis tanaman cili di tapak semaian tersebut dan paling
mendapat sambutan adalah baka 568 dan 223.
Harga
cili sekarang boleh mencapai sehingga RM15 sekilogram. Jadi, fikirkan berapa
yang mampu seseorang itu berjimat jika menanamnya daripada membeli di pasar, katanya.
Selain
membekalkan anak pokok dan pokok, Sharm Fertigasi turut menjual pelbagai
kelengkapan fertigasi seperti peralatan dan baja.
Bagi
perancangan masa depan, kata Mohamad Hisham, dia berhasrat untuk membuka satu
lagi cawangan Sharm Fertigasi di Sungai Petani dalam masa terdekat.
Saya
berhasrat untuk memberikan fokus dalam bidang ini, kerana banyak jenis perniagaan
yang saya ceburi daripada jual cakera padat di pasar malam hinggalah kepada
pakaian terpakai, namun gagal.
Saya
tahu perniagaan berasaskan makanan ini tidak akan putus, malah dengan menceburi
bidang ini sedikit sebanyak dapat membantu orang ramai menyahut saranan
kerajaan, katanya.
Lagipun,
katanya, teknik tanaman fertigasi mudah dan tidak memerlukan kawasan luas,
memadai menggunakan kawasan lapang sekitar kediaman sahaja.
Apa itu fertigasi?
Merujuk pada keratan akhbar diatas ,penanaman fertigasi merupakan pertanian moden yang boleh menjanakan keuntungan kepada usahawan.
Apa Kelebihan Sistem Fertigasi?
- Nutrien lengkap dikawal ikut pertumbuhan pokok
- Menjamin kebersihan dan menghindar penyakit
- Mengatasi masalah bawaan tanah
- Kualiti hasil yang lebih baik dan cantik
- Penggunaan baja yang cekap dan jimat
- Mengurangkan penggunaan racun
- Modal pusingan yang rendah
- Meningkatkan hasil pengeluaran
- Masalah merumpai sangat rendah
Apa Kelemehan Sistem Fertigasi ?
- Modal yang tinggi untuk memulakan projek
- Memerlukan kemahiran
- Keroskan sistem membawa kerugian
Apakah antara tanaman yang
sesuai untuk kaedah tanaman secara sistem fertigasi
Tanaman cili |
Harga cili
cukup baik sewaktu musim hujan.Harga antara RM8-RM15.00/kg.Seekar boleh ditanam
4000 beg.Sepokok dapat mengeluarkan hasil 4-6 kg.
Tanaman Terung |
Terung (solanum Melongena L)
sejenis sayur berbuah.Tergulong dalam keluarga solanaceae samasaperti
cili,tomato,kentang dan tembakau.Varieti yangpopular ditanam jenis 302,704
farmers long,Red Long, dan White Long.Hasil mula dipungut 65-70 selepas menyemai.Hasil
boleh di pungut sehingga 8-9 bulan.
Tamanan Rock Melon |
Gambar projek rock
melon GM Peladang di Terengganu berbagai jenis rock melon ditanam antara tahun
1998 hingga 2012.Ladang GM Peladang boleh dilawati oleh sesiapa yang
berminat.Sila hubongi pegawai Latihan GM Peladang untuk maklumat lanjut.Seekar
boleh ditanam sebanyak 6-7 ribu beg.Harga purat antara RM4-RM7 sebiji
dipasaran.
Tanaman Tomato |
Tanaman fertigasi
tomato memberi pulangan baik kerana harga stabil diperengkat pasaran.ditanah
rendah tanaman tomato kurang sesuai ditanam secara konvensainol.tanaman secara
fertigasi menghasilkan 4-6 kg sepokok dalam tempoh 5-6 bulan.harga di perengkat
pasaran runcit antara rn2.80-rm3.50/kg
Lain-Lain Tanaman
Tanaman Berkacang |
Seperti
kacang panjang,kacang buncis , Kacang botol
Tanaman Bendi |
Kenapa Membeli Kalau Boleh Menghasilkan Sendiri?
Salam sejahtera sahabat.
Apa khabar ? Saya harap anda berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
Pernahkah anda terfikir, bolehkah hasil pertanian memberikan pulangan yang lumayan?
Cuba fikirkan, siapa yang menguasai pasar borong? siapa yang kerap membeli di sana? pernahkah orang ramai berhenti membeli barangan dapur sebab mahal?
Adakah kita selamanya menjadi pembeli walaupun kadang kala harganya tak masuk akal terutama waktu perayaan? Ada masa pula stok kekurangan dan penjual menaikkan harga yang 'terpaksa' pembeli bayar untuk mendapatkannya.
Wah, banyak betul soalan saya. Namun itulah realitinya kalau kita terus bergantung dengan orang lain untuk memenuhi keperluan kita walaupun sebenarnya MUDAH untuk menghasilkannya sendiri. Bukan macam cara orang tua kita buat dulu, sukar & penat. Lakukan dengan mudah menggunakan Sistem Fertigasi. Yang penting rajin untuk belajar dan praktikkan.
Jadi, apa yang boleh anda lakukan?
Sesuatu yg baru untuk sahabat semua.
Pertanian adalah Perniagaan.
Salam sukses!
Pertanian adalah Perniagaan.
Salam sukses!
Saudara nak Tanya sikit. 1 ekar 4 ribu poly bag Ia dikira sebagai satu pokok walaupun 2 pokok ditanam. Saya keliru sikit dlm tiory ini. 1 pokok mhasil 2,5 kg cili kena x 2 ke. Tw
ReplyDelete