Selamat datang ke blog kami, blog ini masih lagi dalam proses pembinaan, sebarang kesulitan amat dikesali

Monday 12 November 2012

Tanaman Fertigasi


KAEDAH TANAMAN SECARA FERTIGASI ...

Usahawan Fertigasi
Hisham usahawan fertigasi berjaya
Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my



ALOR SETAR 10 Feb. Berbudi kepada tanah biar apa cara sekali pun, pasti mendatangkan keuntungan bagi mereka yang gigih seperti yang telah dibuktikan oleh usahawan tani, Mohamad Hisham Md. Isa.
Mohamad Hisham, 38, yang menjadi usahawan sayur-sayuran fertigasi sejak 2006, berjaya meraih pendapatan kira-kira RM4,000 hingga RM5,000 sebulan.
Namun, berbeza dengan kebanyakan usahawan fertigasi lain, Mohamad Hisham mengkhususkan perniagaannya kepada jualan anak pokok dan pokok sahaja berbanding hasil tanaman.
Melalui cara tersebut dia mampu meraih pendapatan berganda berbanding menjual hasil tanaman tersebutnya di pasar.
Tapak semaiannya, Sharm Fertigasi di Simpang Empat di sini, menempatkan lebih 25,000 anak pokok termasuk 1,000 pokok pelbagai sayur-sayuran seperti cili, terung, tomato, sawi dan lobak merah.
Bercerita tentang pembabitan awalnya dalam bidang tersebut, kata Mohamad Hisham, minatnya bermula sejak menyertai satu karnival anjuran Jabatan Pertanian negeri lima tahun lepas.
Untuk karnival tersebut saya membawa lebih 1,000 anak pokok dan pokok cili untuk dijual dan sambutannya sangat menggalakkan kerana semuanya habis dijual.
Dari situ timbul idea daripada menjual buahnya, kenapa tidak dijual anak pokok atau pokoknya saja dan tidak sangka idea ini menjadi, katanya ketika ditemui di tapak semaiannya hari ini.
Tambahnya, selain mempunyai pelanggan dalam kalangan penduduk tempatan, dia turut membekalkan anak pokok dan pokok tersebut kepada agensi kerajaan dan usahawan tani lain.
Saya pernah mendapat tempahan 20,000 anak pokok daripada seorang usahawan dari Terengganu.
Setiap anak pokok saya jual cuma 50 sen, sementara pokok besar pula daripada RM3 hingga RM20 bergantung kepada jenis tanaman, katanya lagi.
Katanya, konsep tapak semaian tanaman fertigasi sayur-sayurannya ini mendapat sambutan, terutama dalam kalangan mereka yang bekerja dan tidak mempunyai banyak masa di rumah.
Tidak dapat dinafikan saranan kerajaan agar menghijaukan kawasan rumah masing-masing mendapat sambutan, apatah lagi dengan harga sayur-sayuran sekarang tinggi.
Untuk menanam dari benih bagi sesetengah orang agak susah. Jadi, kami sediakan anak-anak pokok ini untuk mereka yang hanya perlu dibaja sekali sehari.
Dalam masa tiga bulan misalannya bagi pokok cili, mereka sudah boleh memetik hasilnya, cerita beliau yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Anak pokok dan pokok cili, kata Mohamad Hisham, antara yang paling popular dalam kalangan pelanggannya.
Katanya, terdapat lebih tujuh jenis tanaman cili di tapak semaian tersebut dan paling mendapat sambutan adalah baka 568 dan 223.
Harga cili sekarang boleh mencapai sehingga RM15 sekilogram. Jadi, fikirkan berapa yang mampu seseorang itu berjimat jika menanamnya daripada membeli di pasar, katanya.
Selain membekalkan anak pokok dan pokok, Sharm Fertigasi turut menjual pelbagai kelengkapan fertigasi seperti peralatan dan baja.
Bagi perancangan masa depan, kata Mohamad Hisham, dia berhasrat untuk membuka satu lagi cawangan Sharm Fertigasi di Sungai Petani dalam masa terdekat.
Saya berhasrat untuk memberikan fokus dalam bidang ini, kerana banyak jenis perniagaan yang saya ceburi daripada jual cakera padat di pasar malam hinggalah kepada pakaian terpakai, namun gagal.
Saya tahu perniagaan berasaskan makanan ini tidak akan putus, malah dengan menceburi bidang ini sedikit sebanyak dapat membantu orang ramai menyahut saranan kerajaan, katanya.
Lagipun, katanya, teknik tanaman fertigasi mudah dan tidak memerlukan kawasan luas, memadai menggunakan kawasan lapang sekitar kediaman sahaja.

Apa itu fertigasi?

       
Merujuk pada keratan akhbar diatas ,penanaman fertigasi merupakan pertanian moden yang boleh menjanakan keuntungan kepada usahawan.

Apa Kelebihan Sistem Fertigasi?

  • Nutrien lengkap dikawal ikut pertumbuhan pokok
  • Menjamin kebersihan dan menghindar penyakit  
  • Mengatasi masalah bawaan tanah 
  • Kualiti hasil yang lebih baik dan cantik  
  • Penggunaan baja yang cekap dan jimat 
  • Mengurangkan penggunaan racun 
  • Modal pusingan yang rendah 
  • Meningkatkan hasil pengeluaran   
  • Masalah merumpai sangat rendah      
Apa Kelemehan Sistem Fertigasi ?  
  • Modal yang tinggi untuk memulakan projek 
  • Memerlukan kemahiran
  • Keroskan sistem membawa kerugian  
       
Apakah antara tanaman yang sesuai untuk kaedah tanaman secara sistem fertigasi





Tanaman cili

Harga  cili cukup baik sewaktu musim hujan.Harga antara RM8-RM15.00/kg.Seekar boleh ditanam 4000 beg.Sepokok dapat mengeluarkan hasil 4-6 kg.





Tanaman Terung
Terung  (solanum Melongena L) sejenis sayur berbuah.Tergulong dalam keluarga solanaceae samasaperti cili,tomato,kentang dan tembakau.Varieti yangpopular ditanam jenis 302,704 farmers long,Red Long, dan White Long.Hasil mula dipungut 65-70 selepas menyemai.Hasil boleh di pungut sehingga 8-9 bulan.

 
Tamanan Rock Melon 

Gambar projek rock melon GM Peladang di Terengganu berbagai jenis rock melon ditanam antara tahun 1998 hingga 2012.Ladang GM Peladang boleh dilawati oleh sesiapa yang berminat.Sila hubongi pegawai Latihan GM Peladang untuk maklumat lanjut.Seekar boleh ditanam sebanyak 6-7 ribu beg.Harga purat antara RM4-RM7 sebiji dipasaran.





Tanaman Tomato
Tanaman fertigasi tomato memberi pulangan baik kerana harga stabil diperengkat pasaran.ditanah rendah tanaman tomato kurang sesuai ditanam secara konvensainol.tanaman secara fertigasi menghasilkan 4-6 kg sepokok dalam tempoh 5-6 bulan.harga di perengkat pasaran runcit antara rn2.80-rm3.50/kg

    




Lain-Lain Tanaman

Tanaman Berkacang
Seperti kacang panjang,kacang buncis , Kacang botol



Tanaman Bendi
 

Kenapa Membeli Kalau Boleh Menghasilkan Sendiri?

Salam sejahtera sahabat.

Apa khabar ? Saya harap anda berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Pernahkah anda terfikir, bolehkah hasil pertanian memberikan pulangan yang lumayan?

Cuba fikirkan, siapa yang menguasai pasar borong? siapa yang kerap membeli di sana? pernahkah orang ramai berhenti membeli barangan dapur sebab mahal?

Adakah kita selamanya menjadi pembeli walaupun kadang kala harganya tak masuk akal terutama waktu perayaan? Ada masa pula stok kekurangan dan penjual menaikkan harga yang 'terpaksa' pembeli bayar untuk mendapatkannya.

Wah, banyak betul soalan saya. Namun itulah realitinya kalau kita terus bergantung dengan orang lain untuk memenuhi keperluan kita walaupun sebenarnya MUDAH untuk menghasilkannya sendiri. Bukan macam cara orang tua kita buat dulu, sukar & penat. Lakukan dengan mudah menggunakan Sistem Fertigasi. Yang penting rajin untuk belajar dan praktikkan.

Jadi, apa yang boleh anda lakukan?
Sesuatu yg baru untuk sahabat semua.

Pertanian adalah Perniagaan.

Salam sukses!













1 comment:

  1. Saudara nak Tanya sikit. 1 ekar 4 ribu poly bag Ia dikira sebagai satu pokok walaupun 2 pokok ditanam. Saya keliru sikit dlm tiory ini. 1 pokok mhasil 2,5 kg cili kena x 2 ke. Tw

    ReplyDelete